Laman web ini bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif mengenai klinik awam dan swasta yang menyediakan Profilaksis Pra-pendedahan (Pre-exposure prophylaxis, PrEP) di Malaysia. Individu yang berminat untuk mendapatkan PrEP untuk HIV di Malaysia boleh merujuk kepada peta interaktif yang disediakan di dalam laman web ini.

Sekiranya anda merupakan seorang pembekal PrEP dan ingin dimasukkan ke dalam My PrEP Locator di Malaysia, sila isikan maklumat anda pada borang yang terletak di bawah tab “Tambah Penyedia” untuk semakan dan tindakan susulan kami.

Jika anda mempunyai soalan yang lebih lanjut mengenai penambahan maklumat ke My PrEP Locator, sila kunjungi tab “Soalan Lazim” untuk maklumat lanjut, atau hubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan di bawah tab “Hubung”.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan PrEP, dan mempunyai soalan yang lebih lanjut mengenai PrEP untuk HIV, sila kunjungi bahagian “Tentang PrEP” bagi mendapatkan maklumat dan sumber lebih lanjut.

Laman web ini dimodelkan mengikut PrEP Locator Amerika Syarikat, direktori nasional penyedia PrEP di Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh Universiti Emory dan dihoskan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (US Centers for Disease Control, CDC). Kandungan dan hala tuju projek ini telah dibangunkan oleh penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (University Malaya Medical Centre) di Kuala Lumpur, dan Center of Excellence for Research in AIDS (CERiA). Untuk maklumat lanjut mengenai institusi-institusi ini, sila klik pada ikon masing-masing di bahagian bawah halaman ini.