Apa itu PrEP?

Profilaksis pra-pendedahan (PrEP) ialah apabila seseorang individu mengambil ubat HIV untuk mengurangkan peluang mereka mendapat jangkitan dan pada masa yang sama menghadapi risiko memperoleh HIV.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada masa ini mengesyorkan PrEP diambil setiap hari baik untuk lelaki ataupun wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk memperoleh HIV (WHO, 2017).

 

Sebaik manakah PrEP berfungsi?

  • PrEP tidak menyediakan perlindungan 100%, tetapi sangat berkesan dan memberikan perlindungan yang tinggi terhadap HIV. Dalam beberapa kajian baru-baru ini, PrEP telah menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV semasa hubungan seks dengan peratusan lebih daripada 90% apabila digunakan secara konsisten.
  • Mengambil PrEP setiap hari disyorkan kerana penggunaan PrEP adalah berkesan, selamat dan ia merupakan pendekatan yang paling mudah. Penggunaan PrEP pada setiap hari yang mana dengan menyediakan kuantiti ubat yang paling tinggi dalam darah dan tisu badan maka mampu memberi tahap perlindungan yang tertinggi. Anda masih boleh dilindungi walaupun anda terlepas dos sekali sekala tetapi dengan syarat anda telah mengambil PrEP setiap hari.
  • Masa adalah diperlukan untuk membina tahap perlindungan ubat dalam darah dan tisu lain. Pencegahan HIV tambahan perlu diambil untuk tujuh hari pertama apabila memulakan PrEP. Cara untuk mengurangkan risiko dalam tempoh ini termasuk: mengamalkan amalan seks yang lebih selamat, seperti tidak melakukan persetubuhan faraj atau dubur, atau mengadakan seks dengan menggunakan kondom. Ia dicadangkan bahawa PrEP perlu dilanjutkan selama 28 hari selepas kemungkinan pendedahan kepada HIV yang terakhir.

 

Apakah cara lain untuk kekal bebas daripada HIV?

Terdapat beberapa strategi untuk kekal bebas dari jangkitan HIV. Anda harus memilih apa yang paling sesuai dengan keperluan anda sendiri dan keadaan peribadi. Anda boleh menggabungkan pelbagai cara untuk kekal bebas dari HIV, dan anda boleh mengubah strategi yang anda gunakan dari semasa ke semasa. Berikut ialah beberapa perkara lain yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri anda.

  • Kondom lelaki dan perempuan (dengan pelincir) adalah berkesan apabila ia digunakan secara konsisten dengan semua pasangan seksual. Kondom juga melindungi seseorang itu terhadap sebarang jangkitan penyakit kelamin dan kehamilan.
  • Sekiranya anda mempunyai pasangan yang mempunyai HIV, rawatan jangkitan pesakit dengan terapi antiretroviral (antiretroviral therapy, ART) boleh hampir melupuskan risiko jangkitan. Untuk melindungi diri anda daripada jangkitan HIV, rawatan HIV pasangan anda yang merupakan pesakit HIV adalah termasuk menjalani ujian bacaan virus yang menunjukkan bahawa virus HIV pesakit berada pada tahap “tidak dapat dikesan”. Sekiranya anda mempunyai keraguan tentang pematuhan pasangan anda terhadap rawatan HIV atau keputusan ujian bacaan virus pesakit, adalah lebih baik untuk melindungi diri anda dengan cara tambahan lain.
  • Sekiranya anda menyuntik ubat-ubatan, ia disyorkan untuk menggunakan peralatan suntikan baharu atau steril, jika boleh. Ini akan mencegah jangkitan HIV dan lain-lain jangkitan bawaan darah seperti hepatitis B dan C.

 

Apakah perbezaan antara PrEP dan PEP?

  • Profilaksis pra-pendedahan (PrEP) merupakan pil yang diambil sekali sehari untuk membangunkan tahap ubatan dalam darah untuk mencegah pendedahan kepada HIV dan menghalangkannya daripada bertukar menjadi jangkitan HIV, Profilaksis pasca pendedahan (Post-exposure prophylaxis, atau PEP)adalah ubat antiretroviral yang boleh diambil selepas anda mempunyai pendedahan kepada cecair badan yang positif virus HIV. Untuk PEP berfungsi dengan baik, anda mesti memulakan PEP kurang daripada tempoh 72 jam selepas pendedahan. PEP, dalam bentuk 2-3 pil setiap hari, perlu diteruskan selama tempoh 28 hari selepas pendedahan.

 

Adakah saya perlu menggunakan kondom ketika saya mengambil PrEP

  • PrEP tidak memerlukan penggunaan kondom untuk berkesan. Namun, kondom memberikan perlindungan tambahan terhadap HIV dan melindungi anda daripada jangkitan penyakit kelamin lain dan kehamilan yang tidak dirancang.
  • PrEP tidak mencegah jangkitan penyakit kelamin, seperti sifilis, gonorea, klamidia dan hepatitis. Kondom memberikan perlindungan terhadap jangkitan-jangkitan lain dan juga terhadap HIV. Oleh itu, ia melindungi kesihatan seksual keseluruhan anda.
  • PrEP tidak menghalang kehamilan. Kondom mencegah kehamilan apabila digunakan secara konsisten. Ada banyak cara lain untuk mencegah kehamilan, termasuk pil kontraseptif yang diambil melalui mulut dan hormon suntikan, implan, peranti intrauterin dan diafragma. PrEP tidak mengganggu sebarang kaedah kontraseptif.

 

Bilakah saya patut mengambil PrEP?

  • WHO mengesyorkan bahawa anda boleh mengambil PrEP sekali sehari pada setiap hari. Penggunaan harian adalah selamat dan mudah dan ia memberikan perlindungan terbaik terhadap HIV.
  • Kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan PrEP atas permintaan (juga dikenali sebagai dos berasaskan peristiwa), mungkin merupakan strategi yang boleh dipraktikkan untuk sesetengah orang. Ia adalah penting untuk mengetahui bahawa dos PrEP atas permintaan hanya berkesan untuk mencegah HIV semasa hubungan dubur, dan tidak memberi perlindungan semasa hubungan faraj. Ia adalah penting jika anda memilih untuk mengambil PrEP atas permintaan, anda perlu mengambil seluruh dos.
  • Jadual dos untuk mengambil PrEP atas permintaan (untuk perlindungan semasa hubungan dubur) adalah seperti berikut:
    • mengambil 2 pil dalam tempoh 2 – 24 jam sebelum bersetubuh
    • mengambil 1 pil dalam tempoh 24 jam kemudian
    • mengambil 1 lagi pil dalam tempoh 24 jam selepas itu
    • Jika anda tahu anda akan melakukan hubungan seks selama beberapa hari berturut-turut, terus mengambil satu pil setiap 24 jam sehingga anda mempunyai dua hari tanpa seks.
  • Untuk maklumat lanjut tentang strategi pengambilan PrEP, termasuk pengambilan setiap hari dan atas permintaan, kunjungi pautan yang berguna ini: www.iwantprepnow.co.uk/how-to-take-prep/

 

Bagaimanakah saya mengambil PrEP?

  • PrEP diambil melalui mulut, dan boleh diambil pada bila-bila masa semasa siang hari serta pada masa berlainan dan hari yang berbeza.
  • Ia berguna untuk mengaitkan PrEP dengan sesuatu yang anda lakukan setiap hari.
  • PrEP boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
  • PrEP boleh diambil apabila meminum alkohol atau mengambil ubat-ubatan rekreasi.
  • PrEP boleh diambil jika anda mengambil kontraseptif hormon, hormon seks atau ubat bukan preskripsi.
  • Jika anda mengambil PrEP setiap hari, ia akan mengambil masa selama tujuh hari untuk memberikan perlindungan terhadap HIV sebelum ubatan lain diperlukan .
  • Sebelum anda memulakan PrEP, anda akan diuji untuk memastikan anda tidak mempunyai HIV. Jika ujian mendapati bahawa anda mempunyai HIV, anda akan dihubungkan dengan perkhidmatan  rawatan HIV.
  • Semasa mengambil PrEP, anda perlu diuji semula untuk HIV setiap tiga bulan bagi memastikan anda kekal bebas daripada jangkitan.
  • Risiko seseorang dijangkiti HIV mungkin berbeza dari semasa ke semasa dengan perubahan keadaan. Sebagai contoh, penamatan hubungan yang stabil boleh memulakan tempoh risiko yang lebih tinggi. Ini kadang-kadang digelar sebagai “musim risiko”. Anda boleh memilih untuk berhenti menggunakan PrEP pada masa-masa tertentu dan mula lagi apabila keadaan anda berubah.

 

Adakah PrEP mempunyai kesan sampingan?

  • Sesetengah orang mengalami kesan sampingan ketika memulakan PrEP. Ini termasuk perut kembung, buang air besar yang lebih kerap dan najis yang lebih lembut atau rasa mual.
  • Gejala-gejala ini biasanya ringan dan hilang dalam beberapa minggu pertama.
  • Strategi-strategi yang sesetengah orang dapati berguna untuk mengurangkan simptom yang berkaitan dengan perut:
    • ambil pil dengan makanan
    • ambil pil pada waktu malam sebelum tidur.

 

  • Bagi sesetengah orang, PrEP menjejaskan keberkesanan fungsi buah pinggang mereka. Darah anda akan diuji untuk mengukur fungsi buah pinggang sebelum memulakan PrEP. Jika ujian menunjukkan bahawa terdapat masalah, ujian buah pinggang ini mungkin diulangi. Jika ujian terus menunjukkan masalah, anda akan dirujuk untuk ujian selanjutnya. Sebaik sahaja anda mula PrEP, klinik yang menyediakan PrEP anda akan menyediakan ujian darah untuk memantau fungsi buah pinggang anda. Jika ujian darah anda menunjukkan terdapat masalah, anda mungkin diminta untuk berhenti mengambil PrEP buat seketika. Fungsi buah pinggang biasanya akan cepat kembali ke tahap normal. Bila ini berlaku, anda boleh memulakan PrEP.
  • PrEP boleh memberi kesan kecil ke atas kepadatan mineral tulang (betapa kuatnya tulang). Perubahan berlaku dalam beberapa bulan pertama penggunaan PrEP dan tidak berlanjutan selepas itu. Pengguna PrEP mudah mengalami lebih banyak tulang rapuh daripada biasa. Jika anda berhenti mengambil PrEP, ketumpatan mineral tulang biasanya kembali dengan cepat ke tahap normal.

 

Bagaimanakah jika saya hamil semasa mengambil PrEP?

  • Anda atau pasangan anda mungkin ingin menimang cahaya mata. Sekiranya ini berlaku, sila beritahu doktor atau jururawat anda.
  • Terdapat dua cara utama untuk selamatkan bayi dengan pasangan yang mempunyai HIV (atau jika anda mungkin mempunyai HIV). Ini ialah:
    • Merawat pasangan yang mempunyai HIV dengan terapi antiretroviral, dan semak bagi memastikan muatan virus beliau disekat.
    • Mengambil PrEP ialah cara yang selamat untuk menimang cahaya mata bersama pasangan anda yang mempunyai HIV yang mana virus pesakit tersekat dengan terapi antiretroviral atau dengan pasangan yang belum diuji untuk HIV.

 

 

Bolehkah saya terus mengambil PrEP semasa hamil dan menyusu?

  • Di mana HIV sering berlaku pada tahap yang tinggi, jangkitan HIV juga boleh berlaku pada kadar yang tinggi semasa hamil dan menyusu. Risiko memberi jangkitan HIV kepada bayi adalah lebih tinggi jika ibu dijangkiti semasa hamil. Faktor keselamatan yang sedia ada menyokong penggunaan PrEP pada wanita hamil dan menyusu yang menghadapi risiko tinggi jangkitan HIV .
  • Jika anda mengambil PrEP dan anda mengetahui bahawa anda hamil, anda mungkin mahu terus menggunakan PrEP jika anda terus menghadapi risiko jangkitan HIV.
  • Anda juga boleh mempertimbangkan untuk terus mengambil PrEP semasa menyusu.

Sumber kandungan: Organisasi Kesihatan Dunia , Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit